Rabu, 27 April 2011

SIAPA IKON HIDUP ANDA???

Baru2 nie sy ada tengok siaran ulangan Halaqah Sentuhan Qalbu kat tv9..masa tu baru abis main badminton ngan mak lepas berebut ngan adik kecik saya yg sgt2 comel dan bijak..namanya mohd firdaus, dan sekarang time sy nak wat post baru nie pn dia ade mengacau..so tak leh nk watpe lah klu suruh dia pergi g dia tak nak, klu tak kcu org on9 dia mesti amk handphone sy nk main game..ok, sebelum mula citer sy letak gambar adik sy yg sgt COMEL DAN BIJAK tu..



ok2...
Kita sambung citer pasal ikon tu..Masa tu yg bg ceramah pasal ikon tu adalah En.Firdaus Djamaris tak salah sy, seorang jurulatih spiritual dan emosi yg berpengalaman. Memang menyentuh hati dan perasaan dan menyedarkan kita betapa besarnya kasih dan sayang Rasulullah terhadap umatnya. Beliau ni cerita pasal kisah nabi Muhammad S.A.W sewaktu Baginda bersama sahabat2..

Kisahnya bermula apabila rasulullah duduk bersama para sahabatnye pada satu hari..baginda bertanya kepada para sahabat, "Siapakah di antara kalian yg tahu siapakah yg paling mulia di sisi Allah?" ...
Para sahabat menjawab, "tentulah para malaikat kerana mereka tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa melakukan ibadah kepada Allah,"..Rasulullah menjawab, "Benar, tetapi ada yg lebih mulia lg."..
Lalu para sahabat membalas dengan mengatakan para nabi dan rasul yang mulia kerana mereka ini pesuruh Allah, dan Baginda tersenyum sambil memberikn jawapan yang sama. Kemudian para sahabat mengatakan , "Adakah kami yang dimaksudkan??"..Rasulullah tetap memberi reaksi yg sama. Lalu para sahabat pun memberitahu bahawa mereka tidak tahu siapakah yg dimaksudkan oleh Rasulullah..

Akhirnya Rasulullah berkata,
"Sesungguhnya yang dimaksudkan adalah manusia2 yg lahir di generasi yang akan datang, mereka tidak pernah melihatku, tidak pernah mendengar aku berbicara dan juga tidak pernah bertemu denganku, tetapi mereka mencintaiku dan merinduiku kerana Allah S.W.T..mereka adalah umatku yang aku cintai dan aku sayangi.."

Menitislah air mata suci Rasulullah dan para sahabat mendengarkan kalimat2 yg diucapkan oleh Rasulullah. Sebenarnye Rasullulah nie memang sayang kat kita semua umatnya walaupun kita ni tak selalu ingat kat dia, tak jadikan dia IKON HIDUP kita dan lebih teruk lagi menjadikan insan lain sebagai ikutan atau idola kita. Rata2 orang kita ni especially remaja melayu islam menjadikan artis2, pemain bola sbg ikutan. Kadang2 yg dah tau pn cakap je Nabi Muhammad idola, tp tak mengenali atau sekurangnya cuba utk mengetahui apa yg ditinggalkan oleh nabi termasuklah diri sy sendiri..

Oleh itu, mulai dari hari sy tgk program tu sy akan berusaha utk mencintai baginda dengan mencari dan mendalami Al-quran dan As-sunnah dengan lebih lagi. sekarang nie kelebihan yg ada pada kita adalah INTERNET..So, jgnlah kt asyik nk bukak benda2 yg kurang pekdah an cuba cari maklumat pasal hadis ke, blog islamik ke utk dekatkan diri kita kepada Allah dan juga IKON kita, Rasulullah S.A.W





Alhamdulillah, apa yg sy nk sampaikan dah tersampai, harap siapa yg membaca boleh sebarkan tentang cerita nie. Semoga kita akan menjadi insan yg lebih baik, kita perbaiki diri kita same2 setiap hari..Umat islam kena jadi labih baik berbanding hari semalam kan??Esok sy akan pegi berlatih driving lagi utk dapatkan P, sy nk bwk keta sungguh2 biarpun kena marah ke ngan cikgu sy akan cuba terima dan perbaiki pmanduan sy...

sekian..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan