Sabtu, 1 Oktober 2011

Menghadapi hari esok

ASSALAMUALAIKUM.................................

my blog, 
maafkan sy, 
kerana sudah lama sangat.. 
sy tidak menjenguk anda,
sememangnya sudah malas tangan ini
untuk menaip bait2 kata
pada anda...


tetapi,
entah mengapa di saat ini
terasa ingin meluahkan segalanya
yang terbuku di hati 
kepada anda....




di sini la sy akan menuntut ilmu selama 6 tahun setengah...
tp bukan dalam piramid nie..

Esok bermula la student life sy yg pertama kat cairo ni..rasa cam x percaya jer akan dapat belajar kat oversea...
Terima kasih Allah!!!!

Saya nak masuk usrah, da lama sy tinggalkan usrah ni...InsyaAllah akak senior ade cakap sy bakal memulakan usrah kat sini tak lama lagi..Akak tu ade pesan, suruh ikhlaskan niat ikut usrah untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan seterusnya menjadikan kita lebih baik..

SAYA HARAP MACAM TU LA

SAYA NAK JADI MUSLIMAH YANG BETUL2
MENGIKUT AJARAN AGAMA

SAYA NAK ISTIQAMAH

SAYA TAK NAK JADI ISLAM 
HANYA PADA NAMA..

SAYA NAK TUNTUT ILMU SEBANYAKNYA

SAYA NAK AMALKAN ILMU YANG SAYA DAPAT SEMUANYA

DAN KALAU DIIZINKAN ALLAH

SAYA NAK AJARKAN ILMU YANG SAYA ADA PADA SEMUA ORANG


Mulai sekarang, saya kena ada misi dan visi hidup saya sendiri...Saya da besar, saya perlu matang dalam tindakan saya...saya x boleh buang masa macam dulu, saya x boleh lemah2 hidup di negara orang..

Ya Allah, berilah saya kekuatan untuk melawan nafsu yang sentiasa mengajak melakukan kejahatan dan kemungkaran..

Ya Allah, sucikanlah hati ini dan luruskan niat hati ini melakukan sgalanya hanya kerana Mu..

Ya Allah, kabulkanlah doa hambamu untuk menjadi sorang hamba yang bnar2 menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba, khalifah dan juga seorang daie seperti yang Engkau katakan di dalam Al-Quran...

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)

Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104)

InsyaAllah, saya mahu berjaya dunia akhirat...
Dengan izinMu Ya Allah,
Saya pohon..
Permudahkanlah.....







Piramid dalam genggaman saya,
saya dah jadikan bende mustahil ni jadi mudah..
jadi, kenapa tidak saya berubah menjadi lebih baik lagi???



    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan