Sabtu, 1 Oktober 2011

Menghadapi hari esok

ASSALAMUALAIKUM.................................

my blog, 
maafkan sy, 
kerana sudah lama sangat.. 
sy tidak menjenguk anda,
sememangnya sudah malas tangan ini
untuk menaip bait2 kata
pada anda...


tetapi,
entah mengapa di saat ini
terasa ingin meluahkan segalanya
yang terbuku di hati 
kepada anda....




di sini la sy akan menuntut ilmu selama 6 tahun setengah...
tp bukan dalam piramid nie..

Esok bermula la student life sy yg pertama kat cairo ni..rasa cam x percaya jer akan dapat belajar kat oversea...
Terima kasih Allah!!!!

Saya nak masuk usrah, da lama sy tinggalkan usrah ni...InsyaAllah akak senior ade cakap sy bakal memulakan usrah kat sini tak lama lagi..Akak tu ade pesan, suruh ikhlaskan niat ikut usrah untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan seterusnya menjadikan kita lebih baik..

SAYA HARAP MACAM TU LA

SAYA NAK JADI MUSLIMAH YANG BETUL2
MENGIKUT AJARAN AGAMA

SAYA NAK ISTIQAMAH

SAYA TAK NAK JADI ISLAM 
HANYA PADA NAMA..

SAYA NAK TUNTUT ILMU SEBANYAKNYA

SAYA NAK AMALKAN ILMU YANG SAYA DAPAT SEMUANYA

DAN KALAU DIIZINKAN ALLAH

SAYA NAK AJARKAN ILMU YANG SAYA ADA PADA SEMUA ORANG


Mulai sekarang, saya kena ada misi dan visi hidup saya sendiri...Saya da besar, saya perlu matang dalam tindakan saya...saya x boleh buang masa macam dulu, saya x boleh lemah2 hidup di negara orang..

Ya Allah, berilah saya kekuatan untuk melawan nafsu yang sentiasa mengajak melakukan kejahatan dan kemungkaran..

Ya Allah, sucikanlah hati ini dan luruskan niat hati ini melakukan sgalanya hanya kerana Mu..

Ya Allah, kabulkanlah doa hambamu untuk menjadi sorang hamba yang bnar2 menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba, khalifah dan juga seorang daie seperti yang Engkau katakan di dalam Al-Quran...

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)

Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104)

InsyaAllah, saya mahu berjaya dunia akhirat...
Dengan izinMu Ya Allah,
Saya pohon..
Permudahkanlah.....







Piramid dalam genggaman saya,
saya dah jadikan bende mustahil ni jadi mudah..
jadi, kenapa tidak saya berubah menjadi lebih baik lagi???



    


Selasa, 21 Jun 2011

Hati...Kenapa bersedih????????

Hati...kenapa nie??? Seringkali hati ini terasa sangat sedih, apa yang buat hati ni sedih sgt nie???


Ade orang kata kalau kita rasa camnie maksudnye jiwa kacau...dan saya berasa saya memang mengalami penyakit hati..
tapi, kenapa???
Kenapa???
Saya tak faham diri sendiri ke??
Saya cemburu ke ??
Saya marah kat orang lain ke??
ATAU...


hubungan saya dengan pemilik segala cinta,
tidak seperti dulunya..

Ya Allah,
ampunkanlah dosa hambamu yang sangat kerdil dan hina ini,
berikanlah ketenangan yang hakiki di saat aku memerlukannya ,
berikanlah hamba kekuatan untuk menghadapi segala ketetapan yang telah Engkau tetapkan
Janganlah biarkan aku menghadapi rasa gelisah ini keseorangan,
Aku percaya bahawa Engkau Maha Mendengar,
Maha pengasih dan Maha Penyayang,
Engkau pemilik segala kekuatan,
Ya Allah, 
Jika hadirnya rasa tidak tenteram ini,
Sebagai satu kifarah atas dosa2 yang telah aku lakukan selama ini,
maka aku mohon berjuta keampunan daripadaMu,
Peliharalah aku dari segala dosa dan maksiat
Supaya aku tidak akan merasa berjauhan lagi darimu,
Sesungguhnya aku tidak sanggup Ya Allah untuk terus merasakan kegelisahan jiwa yang amat menggusarkan hati, perasaan dan fikiranku ini,

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, 
Janganlah Engkau pesongkan diriku setelah Engkau pancarkan sinar hidayahmu kepadaku,
Aku ingin terus beristiqamah di jalan ini,
Aku tidak mahu menjadi orang yang kufur,
Lupa dan lalai akan nikmat dunia yang serba mencengkam ini,
Aku mohon,
kepada Engkau sebaik2 pendengar yang SANGAT kupercayai,
Hilangkanlah sifat2 mazmumah dalam diriku ini,
Seperti hilangnya debu dan kotoran 
Apabila dibasuh dengan air
Seperti bayi yang baru dilahirkan
Suci, tiada sebarang dosa padanya.
Aku bersyukur kerana Engkau masih memberikan aku kesempatan untuk hidup,
hingga saat ini,
Walaupun seringkali aku mengabaikan perintahMu,
melakukan larangannMu,
Terkadang aku lupa dan alpa,
Terkadang aku sendiri yang sengaja,
Oh Tuhan......
bagaimana harus ku hadapi hidup ini,

tanpaMU........

M
A
A
F
K
A
N

D
A
N

A
M
P
U
N
K
A
N

D
A
K
U


Ya Allah..........


Ahad, 8 Mei 2011

Sambungan ..............

hmmm....
takpe la shazzreen, dah bukan rezeki awk..(cuba memujuk diri sendiri).
Saya percaya Allah dah tentukan yang terbaik buat saya. Teringat kata2 Allah dalam Al-Quran, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi   kamu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
                                       
 "Allah akan beri apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu,"
Sabar, setiap apa yang Allah tentukan pasti ade hikmah di sebaliknye








Itu antara kata2 motivasi yg sy terigt bila2 sy menghadapi situasi macam ni..
So, sekarang nie saya hanya ingin berdoa dan terus bertawakkal padaNya, apepun ketetapan yang Allah dah tetapkan untuk saya saya akan cuba redha dan mengharapkan pertolongan Allah sentiasa bersama saya..



Firman Allah,
Mintalah pertolonganKu dengan sabar dan solat. Sesungguhya solat itu adalah berat kecuali bagi orang yang khusyuk





NOR SHAZZREEN BINTI JAMIL,
Saya yakin awak mampu menghadapinya dengan baik, INSYAALLAH!!!!

Chaiyok!!!!!

Result upu yg sgt tak dijangka!!!

Mesti semua calon spm 2010 sibuk online utk tau u mane yg masing2 dapat...sebenarnya pada tarikh 6 mei tu sy nk wat post baru, tp ayah ajak balik kampung tengok nenek kat muar. Lagipun saya masih terkejut apabila mengetahui result upu yang sangat2 tak dijangka tu...

Semua kawan2 tanye saye dpt u mane,
Mula2 sy tak nak bagitau ,
tp bila fikir2 balik buat ape nk sorokkan,
Bukannye benda yg tak baik....
BETUL TAK?????

Hati sy tak berdebar pun utk mengetahui result tu, tp after dah dapat tau rasa mcm sedih an frust sket...sebab dia tak bagi pilihan utama saya..

Anyway, this is what I get...


No Kad Pengenalan / My Kad:930927145098
Nama:NOR SHAZZREEN BINTI JAMIL
 
TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD:E0600
NAMA PROGRAM PENGAJIAN:ASASI UNDANG-UNDANG
IPTA:UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
SURAT TAWARAN:http://www.uitm.edu.my/kemasukan/tawaran
(Klik URL SURAT TAWARAN di atas untuk mendapatkan Surat Tawaran IPTA)

Rabu, 27 April 2011

SIAPA IKON HIDUP ANDA???

Baru2 nie sy ada tengok siaran ulangan Halaqah Sentuhan Qalbu kat tv9..masa tu baru abis main badminton ngan mak lepas berebut ngan adik kecik saya yg sgt2 comel dan bijak..namanya mohd firdaus, dan sekarang time sy nak wat post baru nie pn dia ade mengacau..so tak leh nk watpe lah klu suruh dia pergi g dia tak nak, klu tak kcu org on9 dia mesti amk handphone sy nk main game..ok, sebelum mula citer sy letak gambar adik sy yg sgt COMEL DAN BIJAK tu..



ok2...
Kita sambung citer pasal ikon tu..Masa tu yg bg ceramah pasal ikon tu adalah En.Firdaus Djamaris tak salah sy, seorang jurulatih spiritual dan emosi yg berpengalaman. Memang menyentuh hati dan perasaan dan menyedarkan kita betapa besarnya kasih dan sayang Rasulullah terhadap umatnya. Beliau ni cerita pasal kisah nabi Muhammad S.A.W sewaktu Baginda bersama sahabat2..

Kisahnya bermula apabila rasulullah duduk bersama para sahabatnye pada satu hari..baginda bertanya kepada para sahabat, "Siapakah di antara kalian yg tahu siapakah yg paling mulia di sisi Allah?" ...
Para sahabat menjawab, "tentulah para malaikat kerana mereka tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa melakukan ibadah kepada Allah,"..Rasulullah menjawab, "Benar, tetapi ada yg lebih mulia lg."..
Lalu para sahabat membalas dengan mengatakan para nabi dan rasul yang mulia kerana mereka ini pesuruh Allah, dan Baginda tersenyum sambil memberikn jawapan yang sama. Kemudian para sahabat mengatakan , "Adakah kami yang dimaksudkan??"..Rasulullah tetap memberi reaksi yg sama. Lalu para sahabat pun memberitahu bahawa mereka tidak tahu siapakah yg dimaksudkan oleh Rasulullah..

Akhirnya Rasulullah berkata,
"Sesungguhnya yang dimaksudkan adalah manusia2 yg lahir di generasi yang akan datang, mereka tidak pernah melihatku, tidak pernah mendengar aku berbicara dan juga tidak pernah bertemu denganku, tetapi mereka mencintaiku dan merinduiku kerana Allah S.W.T..mereka adalah umatku yang aku cintai dan aku sayangi.."

Menitislah air mata suci Rasulullah dan para sahabat mendengarkan kalimat2 yg diucapkan oleh Rasulullah. Sebenarnye Rasullulah nie memang sayang kat kita semua umatnya walaupun kita ni tak selalu ingat kat dia, tak jadikan dia IKON HIDUP kita dan lebih teruk lagi menjadikan insan lain sebagai ikutan atau idola kita. Rata2 orang kita ni especially remaja melayu islam menjadikan artis2, pemain bola sbg ikutan. Kadang2 yg dah tau pn cakap je Nabi Muhammad idola, tp tak mengenali atau sekurangnya cuba utk mengetahui apa yg ditinggalkan oleh nabi termasuklah diri sy sendiri..

Oleh itu, mulai dari hari sy tgk program tu sy akan berusaha utk mencintai baginda dengan mencari dan mendalami Al-quran dan As-sunnah dengan lebih lagi. sekarang nie kelebihan yg ada pada kita adalah INTERNET..So, jgnlah kt asyik nk bukak benda2 yg kurang pekdah an cuba cari maklumat pasal hadis ke, blog islamik ke utk dekatkan diri kita kepada Allah dan juga IKON kita, Rasulullah S.A.W





Alhamdulillah, apa yg sy nk sampaikan dah tersampai, harap siapa yg membaca boleh sebarkan tentang cerita nie. Semoga kita akan menjadi insan yg lebih baik, kita perbaiki diri kita same2 setiap hari..Umat islam kena jadi labih baik berbanding hari semalam kan??Esok sy akan pegi berlatih driving lagi utk dapatkan P, sy nk bwk keta sungguh2 biarpun kena marah ke ngan cikgu sy akan cuba terima dan perbaiki pmanduan sy...

sekian..........

Isnin, 25 April 2011

SAYA RINDU KAWAN2!!!!

teringat zaman sekolah dulu, blaja ngan kawan2..



Orang kata zaman sekolah adalah zaman yang paling bahagia, masa kat sekolah tak terasa sgt sbb banyak benda kt as a student nk kn wat, homework, kelas tambahan, nota, latihan...sy pn sll je rasa nk balik umah tp rumah jauh kat jb sy skola kat negeri sembilan so, ape nk wat??

Bila da balik umah seminggu pertama tu rasa bahagia sgt, tp da lame2 datang la simptom 'kangan' especially kat kawan2..kat sini sy nak beri penghargaan kepada kawan2 sy yg bernama Aina Nazurah, Nor Azizah, Wan Nur Alia Amalina, Zety An-Nur, Nur Amalina Rosli, Nur Fakhirah dan Nur Zahirah Aalia kerana sudi melayan karenah sy sepanjang kt berkawan. terima kasih jugak atas tunjuk ajar, semangat dan doa yang kalian berikan kepada saya.Semoga kita akan tetap bersahabat kerana Allah kerana perbuatan mengasihi sahabat keranaNya itu adalah salah satu cata untuk mendapatkan halawatul iman(kemanisan iman)..



kalau ade bintang2 ni teringat kat zety yg obses ngan stars...


ok la, sy bercadang nk citer byk lg pasal kawan2 sy yg menarik ni bila ada kesempatan.sblm sy shut down laptop ni, sy ucapkan timer kasih pd kwn2 yg bc post nie..."Ya Allah, kurniakanlah daku sahabat2 yg apabila aku melihatnya teringat aku akan kebesaranMu, eratkanlah ukhuwah di antara kami, permudahkkanlah urusan sahabatku dan bantulah mereka tika mereka menghadapi saat2 yg sukar dalam hidup mereka."

Gud nyte semua!!!

Career dilemma...

Hari ni sy balk jb, dr kajang..yg peliknya sy tak ngantuk pn dlm perjalanan tuh yang lebih kurang 4 jam. Adik2 pun ter'hyperaktif ' hari ni. Along the way nk blk tu, sy sempat menyaksikan 2 accident yg berlaku sepanjang lebuhraya. masyaAllah, tak tau la nk kate ape..bila ade org eksiden tu tetibe teringat hari sy pergi interview jpa dekat batu pahat. Sy apply utk medik timur tgh dan pada masa yg sama sy bru habis menghadiri temuduga kplspm @ perguruan kat IPG kampus Temenggung Ibrahim.

hmm...doktor atau cikgu???

Nilah benda yg sy asyik fikir bila dah pass dua2 interview ni. sy kena yakin dengan keputusan yg sy buat supaya saya tak menyesal. 

Why doctor???
Bila sy tanye balik diri sy  sy rasa jawapan terbaik adalah sebab sy suke. Actually sy mmg suke bab mengkaji struktur hidupan nie plus sy suka baca benda2 fakta dan saintifik. Tapi bila dah tau macam n dr2 bekerja sy jd kurang motivete. Alasannya, sbb dr kn keje gan gov selama 3 thn, dgn housemanship, on call so, MAMPUKAH SAYA UNTUK  MEMBUAT SEMUA NI?? Ada life tak menjd sorang dr, camne family sy nnt??Macam2 persoalan timbul!@#$%

Another reason is sy pilih d ni since dr f1, sbb ayah sll motivate sy utk jd cmtu. All this while, sy pastikan result sy from upsr, pmr and spm adalah yg terbaik supaya nnt sng dan alhamdulillah sy berjaya..Allah dgr doa sy but now, tak tau la sbb sy sendiri tak faham diri sy sgt..

Ayah sy sll ckp, " reen, ayah tau kau boleh buat..selama ni kau belajar pun susah jugak, add math kau tu ha, sampai mnangis2 tak faham tp ape yg kau dapat time spm?? A+ kan? same la jugak cam medik, ayah tau susah tp klu kau usaha ayah yakin kau dpt jd dr...keluarga kt ni. sedara mara kau mane ade yg jd dr, so klu kau dapat jd dr ayah bangga sgt, tak tau la nk ckp ape..lagipun nnt, after grad kau terus keje tak yah susah nk  keje cam ayah ni dulu, gaji pn lumayan, ayah sakit nnt senang anak ayah dr kan????" ayah ku berkata begini hampir setiap hari apabila pulang bekrja..

So, skrg ni sy berharap dan berdoa kepada Allah agar tetapkan hati sy utk memilih ape yg terbaik dan sesuai utk diri sy. cume skrg ni tak dpt ape2 lg, juz wait and see..
When sy da jd dr, sy tak nk setakat rawat penyakit fizikal pesakit je, tp sy nk rawat jugak hati dia supaya same dekatkan diri kepada Allah, InsyaAllah


Why teacher??
Ni jugak cita2 sy time kecik2 dlu..tp dia jd bertambah kuat mase sy f5. Nk dijadikan citer salah satu sbb yg kuat nk jd pendidik ni adalah sebab cikgu kimia sy. Sy panggil dia cikgu mas kdg2 panggil teacher.
Apa yg wat sy tertarik adalah dia menjadikan kimia tu satu bende yg mudah utk sy blaja... Lagi satu yg paling penting, ckg mas bkn je ajar ape yg ada dlm silibus tapi dia mendidik skali. Ha, nilah sy paling suke..

Seorang ckg bagi sy perlu mengajar dan mendidik, sbb ibu bapa mmg bg kepercayaan kpd guru2 ni utk buat anak2 diorang jd sorang individu yg cemerlang akademik dan jugak sahsiahnye. Tp yg paling penting sahsiah la, sbb kat mane2 pon org akan nilai sikap kita. berbalik pasal cikgu mas, dia ni pada sy sorang yg sgt kenal dan ambil berat hal pelajar2 dia dan dia ni sorang yg sgt dedicated. 

Sy pn suke ajar org lain, sy puas sgt bila tgk org yg sy ajar tu faham, tak kesahla time exam dia dpt marks lebih drpd sy..lgpun jd ckg ni tak seberat dr walaupun gaji dia tak semahal dr... yang penting kepuasan tu ada..

rock pulak gambar ckg ni...tp nmpk cam student sket ..
sy nk jd ckg yang mengajar dan mendidik....
  

Sabtu, 23 April 2011

Bermulanye keje baru dalam hidup

Assalamualaikum...
Sebenarnye ni hanya cubaan saje, sebab da lama terperap kat rumah. Takde keje surflah internet, pastu tgk2 blog orang. Tiba2 terdetik plak nak wat blog sendiri, cam best jer kan..hmm.. tak tau la..tp apepun sy akan cube yang terbaik utk upgrade lg blog sy yg baru ni, hope sape2 yg baca sudi2 la bantu..

ok, ni lah gambar tunang Ashraf Muslim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amirul, nak inform yg dia ni bukan saje sorang pelakon tapi pengamal perubatan islam. Sy tau pun sbb tgk Nasi Lemak Kopi o kat tv9 setiap hari Jumaat, Sabtu ngan Ahad. Semoga mereka akan berkahwin dan hidup bahagia buat selama-lamanyer..Insya-Allah
Di sini ade benda yg ingin dikongsi iaitu pasal zina hati, dan sebenarnye benda nilah yg paling sy takut skali apabila berlaku kat diri sy nanti. Maklumat ni sy copy drpd sorang kawan, harap2 dapatlah membantu semua yg membaca dan jugak diri sy sendiri utk menjadi hamba Allah yang lebih baik..

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI
“Melihat perempuan itu haram”
“Mendengar suara perempuan itu haram”
“Mengingati bayangan perempuan itu haram”
“Semua itu adalah zina”
Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.
Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja. 
Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain? 
Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain? 
Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain? 
Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Kata Ibnu Abbas pula: 
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801). 
“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى
(31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ...... 
Maksudnya: Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…

Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:

نَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101). 
Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).


Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.

Bersambung...
Rasanye tu saje utk malam nie, apepun sy akan try ilmiahkan blog nie dgn bermacam info, supaya sy sendiri berasa puas dengan KEJE BARU sy ni..